suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki ini lebih suka ‘cebok’ guna daun, ganti tisu tandas selama 5 tahun

Robin menggunakan daun sebagai pengganti tisu tandas. foto Robin Greenfield/SWNS

SEORANG lelaki menggantikan tisu tandas dengan sejenis daun setiap kali membuang air besar berkata, ia menjimatkan banyak wang, dan lebih baik di planet ini.

Apa yang penting baginya adalah ia berfungsi dengan baik.

Robin Greenfield, 36, menggunakan daun bunga taji biru yang menurutnya ia mempunyai saiz yang sempurna dan tekstur yang sesuai untuk digunakan berbanding tisu tandas.

Dia berhenti menggunakan kain lap dan tisu tandas yang dibeli di kedai pada 2013, dan pada mulanya menggantikannya dengan sisa kain dan tisu.

Namun sejak lima tahun lalu dia menyedari bahawa daun bunga itu adalah pengganti yang lebih hijau.

Pencinta alam sekitar dari Asheville, North Carolina di Amerika Syarikat menganggap dia telah menjimatkan beribu-ribu dolar.

Dia kini berharap orang lain akan mengambil sehelai daun dan mencubanya sendiri.

Beliau berkata, penggunaan tisu tandas mengakibatkan penebangan hutan secara besar-besaran dan penggunaan bahan api pengangkutan.

Daun bunga taji biru - tumbuhan yang berasal dari Afrika dan Asia Selatan merupakan sebesar sekeping tisu tandas dan tekstur lembutnya.

Robin berkata, bunga itu hanya boleh ditanam di rumah untuk mendapatkan bekalan 'pengganti tisu tandas yang berpanjangan. - Metro

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain