suria

Wanita berlari riang sijil cerai kini di genggaman, boleh tidur lena - “Terima kasih Ya Allah aku dah bercerai”

Wanita ini gembira setelah mendapat kelulusan untuk dirinya bercerai dengan suami.

BERLARI kegembiraan! Demikian reaksi seorang wanita yang berpisah dengan suaminya dan memiliki akta (sijil) cerai secara rasmi.

Tindakan wanita ini berlari meluru ke kereta sambil ketawa riang menjadi tular sekali gus meraih perhatian warga maya.

Kejadian berlaku di Kendari, Sulawesi Tenggara, Indonesia.

Momen tersebut dikongsikan di TikTok @tinamomami92 menunjukkan gelagat wanita berkenaan yang langsung nampak tidak bersedih selepas berpisah dengan suaminya.

Sebaik masuk ke dalam kereta dia dilihat memanjatkan kesyukuran setelah akta cerai kini berada di genggamannya.

"Ya Allah keluar juga akta ceraiku, Ya Allah. Terima kasih Ya Allah aku sudah bercerai.

"Akta cerai, terima kasih Ya Allah telah mengakhiri penganiayaan ini," ujarnya lagi sambil ketawa.

Hantaran tersebut meraih lebih 4.1 juta jumlah tontonan setelah disiarkan.

Dalam pada itu, netizen turut memberikan komen mengenai reaksi yang ditonjolkan wanita tersebut.

“Luarannya bahagia tapi di dalam kita tak tahu.

“Ya Allah saya nak bercerai tapi takut sebab tak boleh cari duit sendiri.

“Semoga tak salah pilih lagi,” komen netizen di TikTok.

Di ruangan komen, wanita itu memaklumkan hubungannya mempunyai masalah apabila suaminya melakukan kekerasan dalam rumah tangga (KDRT) dan curang.

Setelah rasmi berpisah, wanita berusia 31 tahun itu mengaku hidupnya lebih tenang malah tidurnya lebih nyenyak. - Wolipop

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain