suria

Influencer sanggup labur wang buat pembedahan plastik, idam miliki sepasang ‘mata kucing’

Wajah Nasrin sebelum (kiri) dan sejurus selepas pembedahan 'mata kucing'.

SEORANG influencer British sanggup menghabiskan wang melakukan pembedahan plastik untuk mencapai impiannya memiliki sepasang 'mata kucing'.

Nasrin Corfield Smith, 37, yang mengendalikan Klinik Estetik di London, berkongsi detik pembedahan tersebut dengan pengikutnya di TikTok.

Dalam video yang dimuat naik, doktor yang melakukan pembedahan tersebut, Dr Hakan Ozocak dari Turki, turut menerangkan mengenai prosedur yang dilakukan untuk mendapatkan hasil seperti yang diinginkan Nasrin.

"Pembedahan ini dipanggil mata kucing di mana menerusi prosedur ini, ia mengangkat sudut mata dan menaikkan pipi untuk mengangkat bahagian tengah muka dan pipi," kata Dr Ozocak.

Beliau turut menerangkan bahawa sesetengah individu memilih untuk melakukan pembedahan seumpama iu kerana mempunyai kening atau mata yang kendur sejak kecil.

Bagaimanapun, perkongsian video tersebut mengundang reaksi negatif daripada netizen dengan ramai yang mengatakan bahawa doktor berkenaan sepatutnya dibuang.- Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain