suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Naik hantu’ tengok bekas isteri bersama kekasih baharu, lelaki nekad bakar hidup-hidup

Suspek nekad membakar bekas isteri dan kekasih mangsa. foto MPI

SIAPA sangka seorang lelaki sanggup membakar bekas isterinya hidup-hidup kerana cemburu.

Lelaki berusia 44 tahun itu nekad membakar bekas isteri yang didakwa baru bercerai angkara pihak ketiga.

Selain bekas isteri, kekasih mangsa turut dibakar.

Kejadian berlaku di Pejagalan, Penjaringan di Jakarta Utara, Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat enggan 'rujuk', bekas isteri dibakar hidup-hidup ketika live TikTok... Simbah dengan petrol sebelum nyalakan api!

Ketua Polis Daerah Metro Penjaringan, Kompol M Probandono Bobby berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7 malam, pada 4 Januar lalu.

Menurutnya, bekas isterinya cedera parah, manakala kekasih mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Suspek cemburu dan berang dengan mangsa yang menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Suspek dan lelaki berkenaan pernah merebut untuk mendapatkan isterinya semasa belum berkahwin dengan mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Bobby, suspek berdepan dengan hukuman maksimum iaitu hukuman mati atau penjara seumur hidup. - Oke News

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain