suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak gajah terpisah dengan ibu, pekerja pusat perlindungan sanggup tidur bersama dalam kandang

Posting di Facebook Sheldrick Wildlife Trust itu sehingga kini menerima hampir 10,000 tanda suka.

SEORANG penjaga di pusat perlindungan haiwan di Kenya mencuri perhatian ramai selepas foto memaparkan dia tidur dengan anak gajah tular di media sosial.

Menurut laman Facebook pusat perlindungan haiwan itu, anak gajah berkenaan diselamatkan selepas ia terpisah dengan ibunya.

Bagi mengelakkan rasa sunyi anak gajah tersebut, seorang pekerja sanggup tidur bersamanya di dalam kandang beralaskan rumput kering.

Malah, anak gajah itu turut diselimutkan oleh pekerja berkenaan sehingga mengundang rasa sebak netizen.

Posting di Facebook Sheldrick Wildlife Trust itu sehingga kini menerima hampir 10,000 tanda suka.

Rata-rata komen memberikan pujian kepada pekerja itu dan mendoakan agar anak gajah berkenaan dapat membesar dengan sihat. - India Times.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain