suria

Polis trafik tahan kereta dan minta wang, siap ludah pemandu tak pakai ‘seat belt’

Aksi seorang anggota polis trafik yang meminta wang daripada pengguna jalan raya tular di internet. Foto: Kompas.com

TULAR satu video memperlihatkan seorang anggota polis trafik menahan beberapa pengguna jalan raya dan meminta sejumlah wang daripada mereka, di Medan, Indonesia.

Menerusi rakaman video, kelihatan anggota polis trafik berkenaan meminta pemandu kereta Yaris berhenti kerana tidak memakai tali pinggang keledar.

Dalam video yang dirakam itu, turut kelihatan polis trafik meludah ke arah pemandu kereta tersebut.

Salah seorang mangsa berkata polis itu turut memberhentikannya dan meminta sejumlah wang sebelum melakukan hal yang sama terhadap orang lain.

"Dia juga menerima duit daripada orang awam yang naik motor. Orang awam itu memakai baju berwarna biru, sudah saya rakam juga," katanya.

Pemandu itu turut keluar daripada kereta serta mengeluarkan telefon bimbitnya untuk merakam perbuatan anggota polis trafik berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Medan, Jhonny Edison Isir berkata dia berasa malu dan kesal dengan tindakan salah seorang anggotanya dan akan mencadangkannya dipindahkan.

"Tindakan yang dibuat oleh salah seorang anggota kami telah melukakan hati masyarakat di seluruh Indonesia khususnya di Kota Medan.

"Kami akan mencadangkan anggota polis tersebut dipindahkan dari kawasan tugasan kepolisian di Kota Medan," ujarnya. - Kompas.com

polis, ludah, seta belt, pengguna, jalan raya

Artikel Lain