Covid-19: AS catat kes tertinggi atasi China, Itali - Dunia | mStar

Covid-19: AS catat kes tertinggi atasi China, Itali

Angka terbaru itu menjadikan AS mengatasi rekod dicatatkan China dan Itali.

AMERIKA Syarikat (AS) kini mencatatkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi di dunia dengan lebih 81, 321 disahkan positif dan lebih 1,000 meninggal dunia.

Dengan angka terbaru itu menjadikan AS mengatasi rekod dicatatkan China dan Itali, lapor The New York Times.

New York menjadi pusat penyebaran wabak itu dengan jumlah pesakit dirawat di hospital meningkat kepada 40 peratus dalam tempoh 24 jam.

Kira-kira 100 dilaporkan maut akibat penyakit itu dalam tempoh 24 jam di wilayah itu.

New York mencatatkan lebih 37,700 kes dengan sekurang-kurangnya 385 kematian.

Gabenor New York Andrew Cuomo menggesa kerajaan persekutuan untuk membantu pihak hospital di wilayah itu yang berdepan beberapa kesulitan.

Cuoma berkata mereka memerlukan 140,000 katil di hospital tetapi buat masa ini hanya mempunyai 53,000 katil untuk menempatkan pesakit.

Malah hospital itu juga memerlukan 4,000 ventilator meskipun mempunyai kurang 10,000 kemudahan itu setakat ini. - Metro.co.uk

Amerika Syarikat , Covid-19 , New York

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain