suria

Gadis minta maaf sebar wabak Covid-19 ke AS, dakwa China sembunyikan kebenaran

Gadis tersebut meminta maaf kepada seluruh rakyat AS.

SEORANG gadis warga China menyalahkan negaranya kerana menjadi punca penyebaran wabak koronavirus (Covid-19). 

Dalam video yang tular itu, gadis tersebut turut meminta maaf khususnya kepada rakyat Amerika Syarikat (AS) di atas perkara itu.

Setakat ini AS mencatatkan 15,219 kes positif Covid-19 dengan 201 mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Namun gadis tersebut yang hanya menggelar dirinya sebagai Pigsty Purification menggesa kerajaan China supaya memohon maaf kepada AS.

"Saya mahu memohon maaf kepada rakyat Amerika, maaf kerana menyebar virus itu ke AS, maaf kerana berdiam diri mengenai apa yang dilakukan kerajaan China untuk menyembunyikan kebenaran.

"Saya warga China, saya bertanggungjawab terhadap semua perkara buruk yang dilakukan oleh rakyat dan kerajaan negara ini. Seperti Jerman, hari ini mereka masih memohon maaf kepada orang Yahudi mengenai pembunuhan beramai-ramai," katanya dalam satu rakaman video yang dimuatnaik pada 19 Mac lalu.

Gadis itu turut menyalahkan kerajaan China atas serangan 'perkauman' terhadap rakyat di negara itu.

"Kita harus meminta maaf kepada mereka yang tidak bersalah yang terjejas akibat wabak itu. Saya juga berpendapat kerajaan china perlu membayar sejumlah besar pampasan kepada rakyat AS," katanya. - Dailystar.co.uk

Artikel Lain