Koronavirus: Doktor pertama meninggal dunia, jangkitan meningkat kepada lebih 1,000 kes - Dunia | mStar

Koronavirus: Doktor pertama meninggal dunia, jangkitan meningkat kepada lebih 1,000 kes

Seorang pekerja perubatan memindahkan pesakit dari unit rawatan intensif di Hospital Zhongnan, Universiti Wuhan, di wilayah tengah China, Hubei. -foto AP/Xinhua News Agency

SEORANG doktor perubatan yang disyaki terkena virus koronavirus di Hubei meninggal dunia pada Sabtu.

Ia sekali gus mencatatkan kematian pertama melibatkan seorang profesional perubatan sejak penularan wabak tersebut.

Bilangan kes di tanah besar China setakat ini disahkan melebihi angka 1,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Wabak koronavirus, Wuhan dikenakan perintah kuarantin

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang dijangkiti koronavirus, penduduk Wuhan terpaksa guna tuala wanita sebagai pengganti topeng muka

Liang Wudong, seorang pakar bedah di Hospital Jinyintan di wilayah Hubei, meninggal dunia pada jam 7 pagi pada usia 62 tahun, portal berita yang berpangkalan di Shanghai melaporkan.

Wudong disyaki terkena jangkitan pada minggu lalu, sebelum dia dipindahkan ke Hospital Jinyintan untuk rawatan.

Sebanyak 29 wilayah di China melaporkan 1,287 kes virus membawa maut itu dengan Hubei, pusat kejadian wabak mencatatkan 729 kes menurut data yang dikeluarkan oleh kerajaan tempatan pada Sabtu.

Jumlah kematian Hubei adalah 39, dengan dua kematian lain berlaku di wilayah Hebei dan Heilongjiang.

Kes-kes lain juga telah dilaporkan di Hong Kong, Macau, Taiwan dan lapan lagi negara. -SCMP

koronavirus , doktor , maut , wabak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain