Hanya berseluar renang, lelaki rentasi bawah ais Antartika - Dunia | mStar

Hanya berseluar renang, lelaki rentasi bawah ais Antartika

Lewis Pugh melakukan renangan di sebalik ais. Foto SWNS

SEORANG lelaki warga Britain yang hanya memakai seluar renang bertindak berani apabila berenang di bawah lapisan ais Antartika.

Ia sekali gus menjadikannya sebagai manusia pertama pernah berenang di bawah lapisan ais.

Lewis Pugh, 50, membuat terjunan ke dalam air berais di Kutub Selatan untuk membuat pencapaian yang luar biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Hanya Berseluar Renang Rentas Laut Di Antartika

Beberapa gambar menunjukkan dia berenang di sebalik bongkas ais yang besar.

Lewis yang berasal dari Plymouth, Devon di England berada di dalam air, dengan suhu di bawah paras beku selama lapan minit.

Warga Britain itu melakukan aksi tersebut pada Isnin, yang merupakan sebahagian daripada latihannya untuk percubaan kedua 'pertama di dunia'.

Gambar fail Lewis Pugh. Foto Kelvin Trautman / SWNS

Sebelum ini, dia menjadi orang pertama yang pernah berenang di lautan Antartika yang sejuk membeku dengan hanya berseluar renang.

Bercakap dari Antartika Timur, Lewis berkata, berada di bawah ais merupakan tempat terindah yang pernah dilihatnya di dunia.

Perenang itu berkata: "Ini adalah salah satu kawasan yang paling terpencil di planet ini.

"Ia sangat luas dan cantik. Ia mempunyai berbagai-bagai warna biru. 

"Saya mengambil masa 33 tahun untuk berlatih bagi membuat renangan itu selama laoan minit.

"Pasukan pendaki Perancis yang hebat membantu saya masuk dan keluar dari terowong itu dengan selamat," katanya. - Daily Star

renang , Antartika , ais , Lewis Pugh , Kutub Selatan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain