Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut - Dunia | mStar

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut

Objek aneh yang dikesan oleh seorang juruterbang. Foto YOUTUBE/TALES FROM OUT THERE

SEORANG juruterbang sebuah pesawat merakamkan objek terbang yang tidak dikenali (UFO) di ruang udara Utah, Amerika Syarikat pada ketinggiamn 40,000 kaki.

Rakaman itu yang diambil ketika melintasi Taman Negara Azion, menunjukkan objek putih yang aneh sedang terbang di udara.

Bentuk UFO itu kelihatan seperti cerut, sekali gus memadankan dengan penemuan seumpamanya sejak beberapa bulan lalu.

Berdasarkan ketinggian pesawat itu, adalah sukar untuk menentukan berapa pantas ia terbang.

Klip video tersebut diambil pada September 2019, tetapi ia baru ditemui pada Selasa selepas dimuat naik di saluran YouTube Tales From Out There.

Menerusi keterangan video, rakaman berkenaan diambil dari sebuah kokpit pesawat pada ketinggian 40,000 kaki.

Tambahnya, mereka mengesan objek terbang pada ketinggian yang lebih rendah. - Daily Star

UFO , juruterbang , Utah , cerut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain