Doktor silap diagnos, jurulatih renang diberi ubat sakit mental rupa-rupanya ada ketumbuhan otak - Dunia | mStar

Doktor silap diagnos, jurulatih renang diberi ubat sakit mental rupa-rupanya ada ketumbuhan otak

Laura (kiri) menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada Disember 2018. FOTO:Skerritt family / SWNS.

SEBAGAI manusia biasa, golongan professional seperti doktor juga tidak terlepas melakukan kesilapan.

Dalam satu kes di Templecombe, Somerset, England misalnya, seorang doktor silap membuat diagnos ke atas seorang gadis berusia 22 tahun.

Aibat kesilapan itu, jurulatih renang muda itu diberi ubat sakit mental.

Rupa-rupanya, dia mempunyai ketumbuhan di dalam otak yang menyebabkan dia mengalami beberapa masalah termasuk migrain sebelum ini.

Dikenali sebagai Laura Skerrit, dia dimasukkan ke Hospital Southmead di Bristol untuk menjalani rawatan.

"Ia sangat menyedihkan apabila dimaklumkan saya ada penyakit mental. Saya tak rasa begitu.

"Saya seorang yang beremosi dan boleh bertukar menjadi gembira sekelip mata, tapi ia sebahagian personaliti saya," ujarnya.

Laura menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan pada Disember 2018 yang mana ia mengambil masa hampir 13 jam. - Daily Star.

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain