suria

Gadis 13 tahun hamil, budak lelaki umur 10 tahun teruja bakal jadi bapa

Dua kanak-kanak itu berasal dari Krasnoyarsk, Russia. FOTO: TBK.

SEORANG budak lelaki berusia sepuluh tahun akan menjadi bapa tidak lama lagi selepas kekasihnya yang berusia 13 tahun kini hamil tujuh minggu.

Pasangan dari Krasnoyarsk, Russia itu dilaporkan gembira dengan berita berkenaan.

Malah, keluarga mereka juga terbuka dan menyokong hubungan itu.

Menurut sekolah tempat gadis itu belajar, situasi berkenaan masih terkawal dan mereka sedaya upaya cuba membantunya.

Dalam pada itu, timbul pula spekulasi bahawa budak lelaki berusia sepuluh tahun itu bukanlah bapa kepada bayi dalam kandungan remaja perempuan berkenaan.

Identiti mereka bagaimanapun tidak didedahkan atas tujuan privasi. - Daily Star.

hamil, kanak-kanak, kandungan

Artikel Lain