Miss Belgium 2020 terjatuh di pentas, bra tertanggal semasa bersiaran langsung

Celine terjatuh di pentas pertandingan Miss Belgium 2020. Foto RTLplay/Twitter

PEMENANG pertandingan ratu cantik Miss Belgium 2020 terjatuh di pentas semasa bersiaran langsung.

Bagaimanapun, kejadian tersebut turut menyaksikan bra yang dipakainya tertanggal.

Celine Van Ouytsel, 23, terus beraksi di pentas selepas bangun semula.

Penonton menyedari bra Celine terkeluar semasa peserta itu terjatuh dan pakaian dalam itu juga terjatuh ke pentas.

Namun, model yang mempunyai lebih 72,000 pengikut di laman sosial Instagram itu terus beraksi tanpa berasa malu akibat terjatuh.

Walaupun terjatuh, Celine bangun semula dengan penuh yakin. Foto RTLplay/Twitter

Bercakap kepada VTM News, dia berkata: "Saya perlu bangun semula, kerana itu yang anda sentiasa lakukan dalam hidup."

Klip video yang memaparkan Celine terjatuh ditonton lebih 27,000 kali di media sosial.

Para peminatnya bagaimanapun memberi sokongan kepada model tersebut. - Daily Star

Artikel Berkaitan

Artikel Lain