Suntik anak lelaki hidap leukimia dengan najis sendiri, ibu dipenjara tujuh tahun - Dunia | mStar

Suntik anak lelaki hidap leukimia dengan najis sendiri, ibu dipenjara tujuh tahun

Tiffany Alberts yang juga seorang guru dipenjara selama tujuh tahun, gara-gara menyuntik anak lelakinya yang menghidap penyakit leukimia dengan najisnya sendiri. Foto:Indianapolis Metropolitan Police Department

SEORANG ibu dipenjara selama tujuh tahun, gara-gara menyuntik anak lelakinya yang menghidap penyakit leukimia dengan najisnya sendiri.

Tiffany Alberts, seorang guru dari Wolcott di Indiana, dijatuhi hukuman pada Khamis.

Tiffany juga didakwa mengabaikan anaknya yang berusia 15 tahun semasa dia dirawat di hospital.

Doktor di Hospital Kanak-kanak Riley menghubungi pihak polis selepas remaja lelaki itu berterusan mendapat jangkitan darah, di mana ujian menunjukkan ia disebabkan oleh kuman yang biasanya dijumpai di najis manusia.

Seorang jururawat meneliti rakaman kamera pengawasan kemudian terlihat Tiffany menyuntik sesuatu pada anaknya.

Tiffany pada mulanya menafikan perkara itu, namun akhirnya mengakui kepada penyiasat bahawa dia menyuntik anaknya dengan najisnya sendiri, dan mendakwa ia adalah untuk kebaikan anaknya itu.

Tiffany dilaporkan telah dibebaskan dari cubaan membunuh pada September, manakala anaknya dilaporkan kini beransur pulih. - Metro.co.uk

leukimia , suntik , najis , penjara , Indiana

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain