Gadis sempat hantar mesej pesanan suara beritahu panik kepada bapa sebelum maut

Sarah (tengah) maut selepas dilanggar sebuah trak.

SEORANG lelaki mendesak agar pindaan undang-undang dilaksanakan selepas anak perempuannya terkorban ketika sedang menunggu bantuan selepas keretanya rosak.

Sarah Frazer menyedari dia dalam bahaya dan cuba menghubungi bapanya kerana panik dengan keadaan itu.

Namun ketika itu bapanya, Peter sedang menghadiri satu mesyuarat dan tidak dapat menjawab panggilan Sarah.

Gadis berusia 23 tahun itu bagaimanapun bertindak meninggalkan mesej pesanan suara buat kali terakhir kepada bapanya.

Sebaik sahaja Peter cuba menghubungi anaknya, Sarah bagaimanapun sudah meninggal dunia.

Sarah dipercayai maut bersama dengan seorang pemandu trak tunda yang datang untuk membantunya.

Mereka dipercayai maut selepas dilanggar sebuah trak.

Lebih 1,200 maut manakal 38,000 cedera parah dalam kemalangan jalan raya di sekitar Australia. - Mirror.co.uk

Artikel Berkaitan

Artikel Lain