suria

Pekerja wanita diminta pakai lencana khas setiap kali datang bulan

Lencana khas ini akan dipakai setiap kali pekerja datang bulan.

SEBUAH syarikat menggesa pekerja wanitanya untuk memakai lencana khas sekiranya mereka datang bulan.

Pekerja wanita di sebuah kedai di Osaka, Jepun menggalakkan pemakaian lencana khas itu untuk menghapuskan stigma masyarakat di negara itu mengenai haid.

Amalan itu sebenarnya bersesuaian dengan konsep kedai tersebut yang menjual pelbagai produk kesihatan seksual wanita dan juga haid.

Lencana khas itu memaparkan karakter kartun diberi nama Seiri-chan yang dikenali sebagai simbol kitaran haid di Jepun.

Menurut Pengurus Stor, Takahiro Imazu, di Jepun kecenderungan terhadap seksualiti wanita dan kitaran haid seolah-olah menjadi satu rahsia.

"Tidak semua pelanggan memberi reaksi positif terhadap kedai ini tetapi teknologi semakin berkembang dan nilai-nilai anak muda berubah mengikut peredaran zaman," katanya. - Mirror.co.uk

datang bulan, Osaka, lencana khas

Artikel Lain