suria

Budak 6 tahun 'pandu uji' Golf Type R

Rakaman menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta jenis Golf Type R tular di Instagram.

SEORANG budak lelaki berusia enam tahun dilihat memandu sebuah kereta sport sambil dibantu seorang lelaki di tempat duduk penumpang.

Menerusi rakaman video itu, kanak-kanak tersebut tidak memakai tali pinggang keledar ketika memecut laju kereta jenis Golf Type R itu.

Dalam video itu, seorang lelaki menyuruh kanak-kanak itu untuk menunjukkan kebolehannya dalam mengendalikan kereta tersebut.

Pada masa sama, lelaki itu turut bertanyakan umur kanak-kanak tersebut.

"6 tahun," jawab kanak-kanak itu ringkas.

Video kanak-kanak itu yang dilihat memandu uji kereta tersebut sebanyak empat kali menjadi tular di Instagram.

Malah, sekeping gambar paparan skrin menunjukkan kanak-kanak sama memandu kereta jenis Land Rover ketika berusia empat tahun turut tersebar. - Metro.co.uk

kereta sport, Golf, pandu uji, budak

Artikel Lain