Muncul dalam iklan kondom, langkah berani penulis buku manual seks bertudung dipuji netizen - Dunia | mStar

Muncul dalam iklan kondom, langkah berani penulis buku manual seks bertudung dipuji netizen

Citra Ayu Mustika muncul bersama bukunya, Uncencored, di dalam ruangan iklan sebuah kedai buku online bagi orang dewasa, Asmaraku.com.

SEORANG pengarang buku manual seks berhijab Indonesia, Citra Ayu Mustika muncul bersama bukunya, Uncencored, di dalam ruangan iklan sebuah kedai buku online bagi orang dewasa, Asmaraku.com, sekaligus mengejutkan netizen mengenai keberaniannya.

Citra yang juga seorang influncer di Instagram muncul dalam iklan yang menunjukkan promosi beberapa barangan yang terdiri daripada buku tulisannya, kondom dan satu kit 'kegembiraan' (joy kit), sebagai bonus kepada mereka yang membuat pembelian menerusi laman web tersebut.

Laman web tersebut menghuraikan buku tulisan Citra sebagai satu set 'panduan untuk isteri-isteri solehot', di mana ia adalah gabungan perkataan solehah dan hot (panas) atau seksi.

Citra yang juga ibu kepada dua cahaya mata terkenal sebagai seorang yang lantang menyuarakan pendapatnya menerusi posting di Instagram miliknya,  @olevelove.

Antara topik yang pernah diulas ialah  penyusuan susu ibu dan hubungan seks selepas bersalin.

Perkongsian Citra di laman Instagram miliknya.

Dia juga pernah berkongsi petua seks bersama lebih daripada 137,000 pengikutnya dan menggunakan hashtag #teronglyf, merujuk kepada terong (terung), yang juga gambar di bukunya.

Para pengikutnya, terutamanya ibu muda keberanian Citra.

"Ini bukan mengenai wanita hijabi atau kondom halal. Dia adalah @olevelove, seorang selebriti Instagram yang berkongsi banyak perkara mengenai penyusuan dan kehidupan seksual ibu bapa yang baru. Ini adalah langkah yang berani untuk ibu hijabi. FYI, [dalam iklan] itu adalah foto sendiri, buku dan taglinenya," tulis seorang pelayar di Twitter @juliajasminee.

Pendidikan seks secara umumnya di Indonesia masih menjadi satu subjek yang tidak menyenangkan bagi kebanyakan ibu bapa di negara tersebut.

Menerusi semakan terbaharu, iklan memaparkan gambar Citra itu sudah dikeluarkan dari ruangan tersebut. - The Jakarta Post

Citra Ayu Mustika , kondom , internet , manual seks

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain