Bersuamikan lelaki 74 tahun, gadis 21 tahun ‘kantoi’ curang dengan warga emas - Dunia | mStar

Bersuamikan lelaki 74 tahun, gadis 21 tahun ‘kantoi’ curang dengan warga emas

Aksi Milijana dan Nemanja didedahkan. Foto CEN

SEORANG gadis berusia 21 tahun yang berkahwin dengan pesara berumur 74 tahun dilaporkan bersikap curang bersama seorang warga emas lain.

Milijana Bozic dipaparkan dalan program realiti TV Serbia bertajuk 'Pasangan' apabila melakukan perbuatan tidak senonoh dengan lelaki berusia 60 tahun, Nemanja Stamatovic Zabac.

Perkara itu berlaku meskipun Milijiana merupakan isteri kepada Milojko Bozic sejak September lalu.

Media tempatan melaporkan insiden tersebut hanya beberapa minggu selepas Milijiana dirakamkan berbogel bersama seorang lelaki tua lain.

Menerusi beberapa gambar yang dirakamkan daripada program tersebut, Milijana dilihat melakukan perbuatan itu bersama Zabac.

Lelaki tua yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan lebih berusia daripada suami Milojko, malah hadir menyaksikan perkahwinan pasangan itu.

Dia turut dikatakan telah berkahwin dan mempunyai anak.

Milijana bagaimanapun menafikan melakukan perkara itu dengannya.

Milijana berkata: "Individu yang menyiarkan gambar-gambar itu akan disaman. Ia adalah gambar-gambar swafoto yang saya ambil dan saya tahu kepada siapa saya hantar gambar-gambar tu, dan saya tahu siapa yang menyiarkannya.

"Saya telah melihat lelaki ini beberapa kali, tetapi saya tidak menjalinkan hubungan dengannya," katanya. - Mirror

warga emas , curang , pesara

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain