suria

Terbongkar! Bau hangit dan bunyi aneh dari bonet kereta rupanya angkara tupai

Terkejut selepas melihat keadaan bahagian dalam bonet kereta dipenuhi kacang serta rumput.

HAIRAN! Misteri kereta 'berbau' akhirnya terungkai, apabila pasangan suami isteri ini mendapati terdapat sesuatu yang aneh tersembunyi di dalam bonet kereta.

Kejadian itu disedari Holly Persic, selepas wanita itu meletak keretanya di luar kawasan perpustakaan berdekatan, dan secara tiba-tiba dia terbau sesuatu terbakar selain asap keluar melalui keretanya.

Menurut Holly lagi, selain bau terbakar, dia turut mendengar bunyi aneh datang dari bawah bonet kereta tersebut.

Chris menunjukkan keadaan bahagian bonet keretanya yang dipenuhi kacang serta rumput kering.

Selepas merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan kereta miliknya, wanita ini terus menghubungi suaminya, Chris. Malah dia kemudiannya mengambil inisiatif untuk membuka bonet kereta tersebut dan mendapati lebih 200 kacang walnut tersembunyi di situ. 

Seakan-akan tidak percaya apabila wanita ini membuka bahagian bonet kereta tersebut, mana tidaknya bahagian enjin itu penuh dengan ratusan kacang walnut serta rumput-rumput kering.

"Isteri ada hubungi saya dari Perpustakaan Northland, cakap dia kereta macam bau seperti sesuatu terbakar, dan mengadu bunyi yang aneh.

"Kemudian saya minta dia buka bonet itu dan selepas itu dia hantar gambar ini kepada saya!" jelas Chris.

Sebagai langkah berjaga-jaga sekumpulan tupai sembunyikan kekacang bagi menghadapi musim sejuk yang bakal tiba.

Difahamkan, pasangan itu mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan kesemua kacang-kacang itu serta membersihkan bahagian dalam bonet tersebut.

Bagaimanapun, Holly dan suaminya percaya insiden itu terjadi angkara sekumpulan tupai yang membuat persiapan menyimpan stok makanan mereka sebelum musim sejuk melanda.

"Kacang itu ada di mana-mana, di bawah beteri kereta, berhampiran kipas radiator dan sebagainya. Bau hangit itu seolah-olah mereka sedang memanggang dan barbeku.

"Cepat betul tupai ini buat kerja," gurau Chris.

Bahagian bonet kereta yang dipenuhi kekacang.

Jelas Holly, kali terakhir dia memeriksa bahagian bonet itu pada sebulan yang lepas dan menurut wanita ini, pokok walnut yang terdapat di sekitar kawasan taman perumahan mereka baru sahaja ditanam beberapa minggu yang lalu.

Walau bagaimanapun, pasangan ini bersyukur kerana tiada sebarang kerosakkan yang berlaku pada enjin kereta berkenaa serta merasakan sedikit lucu apabila kereta kesayangan mereka dijadikan tempat penyimpanan stok walnut untuk tupai-tupai itu menghadapi musim sejuk.- Mirror

tupai, walnut

Artikel Lain