suria

Gara-gara pemalu hingga Google ‘cara untuk berkawan’ di internet, pelajar didakwa lakukan serangan seksual

Jamie Griffiths didakwa melakukan serangan seksual dengan cara menyentuh lengan dan pinggang mangsa selepas dia memasukkan istilah ‘bagaimana untuk membuat kawan’ di enjin carian Google. Foto: Dailymail

SEORANG pelajar lelaki ‘pemalu’ didenda membayar pampasan £250 (RM 1,355) kepada seorang bakal pelajar Universiti Oxford selepas dia disabitkan dengan dua tuduhan melakukan serangan seksual terhadap mangsa.

Jamie Griffiths, 19, dari Cheshire didakwa melakukan serangan seksual dengan cara menyentuh lengan dan pinggang mangsa yang berusia 17 tahun itu sambil cuba memulakan perbualan, ketika gadis berkenaan dalam perjalanan ke sekolah.

Perbuatan itu dilakukan Griffiths selepas dia memasukkan istilah ‘bagaimana untuk membuat kawan’ di enjin carian Google.

Pelajar jurusan kriminologi tahun pertama yang kini belajar di Universiti Durham itu menafikan tuduhan tersebut.

Griffiths mendakwa dia seorang remaja yang ‘pemalu, cemas dan canggung’ yang cuba mendekati gadis itu dalam percubaan ‘untuk membuat kawan tetapi sukar untuk meluahkan kata-kata’.

Mangsa berkata bahawa akibat gangguan tersebut, dia tidak dapat menduduki ujian dan menjejaskan proses permohonannya ke Universiti Oxford.

Dalam satu kenyataan kepada polis, mangsa berkata: ‘Saya berasa sangat bimbang pada minggu-minggu berikutnya, sering kali menangis. Saya tidak dapat berjalan di mana-mana berseorangan.

‘Tekanan dan kebimbangan menyebabkan saya tidak dapat memberi tumpuan atau mengulangkaji kerana saya terus menangis (dan) berasa tidak selamat walaupun di rumah saya sendiri.

’Selain membayar pampasan, Griffiths turut diperintahkan untuk melakukan khidmat komuniti selama 12 bulan tanpa gaji selama 200 jam.

Griffiths juga harus menandatangani Daftar Pesalah Seks untuk lima tahun akan datang.

Kejadian itu berlaku pada penghujung tahun lalu ketika mangsa sedang mengikuti pembelajaran peringkat A-Level. - Dailymail.co.uk

Universiti Oxford, seksual, Google

Artikel Lain