Wanita berwajah Angelina Jolie ditahan dengan dakwaan ‘rasuah moral’ - Dunia | mStar

Wanita berwajah Angelina Jolie ditahan dengan dakwaan ‘rasuah moral’

Tabar ditahan dengan beberapa tuduhan.

SEORANG wanita yang obses untuk kelihatan seperti pelakon terkenal Angelina Jolie ditahan di Tehran.

Menurut agensi berita di Iran, Sahar Tabar, 21, ditahan  atas tuduhan jenayah budaya dan rasuah sosial serta moral.

Dia menghadapi beberapa tuduhan termasuk menghasut keganasan, memperoleh pendapatan melalui cara yang tidak sesuai dan menggalakkan belia ke arah rasuah.

Tabar menjadi perhatian tahun lalu menerusi Instagram selepas memuat naik beberapa imej wajahnya yang diubah melalui pembedahan plastik.

Antara gambar Tabar yang dimuat naik di Instagramnya.

Kebanyakan gambar dan video yang dikongsi bersama 26,800 pengikutnya telah banyak disunting sehingga seolah-olah menyerupai bintang Hollywood, Angelina Jolie.

Akaun tersebut menampilkan imejnya dengan bibir tebal, wajah yang cengkung dan hidung tajam.

Selain itu dia juga mendedahkan gambarnya sedang melakukan pembedahan plastik.

Kebanyakan gambar dan video yang dikongsi itu merupakan hasil ‘editing’ yang hebat. – metro.co.uk

Sahar , Tehran , Angelina Jolie

Artikel Lain