suria

Budak 12 tahun mangsa ‘serangan kegilaan’ di sekolah, jalani pembedahan selamatkan buah zakar

Bailey Summers terpaksa menjalani pembedahan buah zakar. Foto Mirror UK / Teesside Live

SEORANG pelajar lelaki berusia 12 tahun terpaksa melakukan pembedahan kecemasan bagi menyelamatkan buah zakarnya selepas menjadi mangsa buli di sekolah di Britain.

Mangsa, Bailey Summers menderita kesakitan selepas diserang di sekolahnya, pada pagi Khamis lalu.

Serangan itu dikatakan sebahagian daripada kegilaan anak-anak muda apabila bertanya 'apakah ibu negara Thailand?" dan kemudian memukul pada bahagian kemaluan mangsa.

Ibu negara Thailand adalah Bangkok.

Ibu mangsa, Emmajayne, 32, dari Hartlepool, County Durham berkata, anaknya tidak dapat duduk atau tidur di rumah susulan kejadian itu.

"Ia amat mengejutkan saya," katanya.

"Pakar bedah memberitahu bahawa kami tidak ada banyak masa kerana buah zakarnya perlu dirawat dalam tempoh jam bagi mengelakkan daripada kecederaan serius, atau ia perlu dibuang," tambahnya.

Doktor bagaimanapun berjaya menyelamatkan buah zakar mangsa dan kini menggunakan kerusi roda sepanjang tempoh pemulihannya. - Mirror UK

buah zakar, buli

Artikel Lain