suria

Bakal ibu terkejut lihat wajah ngeri dalam imbasan kehamilan

Imbasan kandungan gadis berkenaan. FOTO: Kennedy.

SEORANG gadis berusia 17 tahun terkejut melihat imej imbasan bayi dalam kandungannya.

Iyanna Carrington membuat imbasan itu bagi mengenalpasti jantina bayi yang bakal dilahirkannya.

Namun, ia ternyata memberi kejutan buatnya apabila bayi itu seolah-olah membuka matanya dengan luas.

Namun, bidan yang menguruskan imbasan itu bagaimanapun mengakui ia sesuatu yang normal dan tidak perlu dirisaukan.

Gadis itu turut berkongsi foto imbasan berkenaan menerusi laman sosial.

Malah, ada yang turut menyifatkan wajah bayi itu kelihatan seperti syaitan. - Daily Star.

Artikel Lain