suria

Tak mahu kereta diterbangkan taufan, lelaki ini letak di dapur

Seorang lelaki meletakkan kereta pintarnya di dapur rumahnya. Foto Facebook Jessica

SEORANG lelaki bertindak meletakkan kereta pintarnya di dapur rumah di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Patrick Eldridge meletakkan kereta pintarnya di dapur bagi melindunginya daripada diterbangkan oleh Taufan Dorian.

Dia juga mahu membuktikan bahawa dia boleh menyimpan keretanya di dapur.

Jessica Eldridge berkata, pada awalnya kereta tersebut telah diletakkan di garaj. 

Suaminya bagaimanapun mencadangkan agar ia dipakir di dalam rumah.

"Saya kata mana boleh, dia cakap boleh.

"Jadi, dia buka dua pintu dan bawa ia masuk. 

"Saya kagum ia muat. Suami memasukkannya tanpa masalah," katanya.

Disebabkan kereta tersebut berada di tengah-tengah dapur, Jessica terpaksa bergerak di sekelilingnya untuk memasak dan menyiapkan hidangan. - AP



parkir, taufan, Dorian

Artikel Lain