suria

Tuan rumah bengang pekerja buang air besar atas bumbung, "Ia kelakuan yang dahsyat"

Gambar pekerja sedang membuang air besar di atas sebuah bumbung rumah jadi viral. Foto: lincolnshirelive.co.uk

TINDAKAN seorang pekerja yang membuang air besar di atas bumbung sebuah rumah telah mendatangkan kemarahan pemiliknya.

Gambar lelaki sedang membuang air besar di atas sebuah bumbung rumah menjadi viral di media sosial.

Ia berlaku selepas seorang lelaki berusia 38 tahun mengupah pekerja membaiki bumbung rumahnya yang bocor, namun sebaliknya berlaku.

Menurut lelaki tersebut, dia sangat terkejut apabila melihat gambar lelaki yang sedang 'melakukan' kerja di atas bumbung rumahnya.

"Saya perlu membaiki bumbung yang bocor. Jadi apabila melihat satu iklan dan okay, saya minta mereka membaiki rumah.

"Saya ada naik ke bumbung dan ternampak najis.

"Ketika itu saya agak marah sebabnya sebelum mereka melakukan kerja, saya sudah beritahu ada menyediakan kemudahan tandas dan boleh menggunanya.

"Malah mereka juga turut menyapu najis itu di serombong.

"Ia kelakuan yang dahsyat," ujarnya lelaki tersebut.

Tambah lelaki itu, dia amat terkejut ketika mendapat gambar lelaki itu.

"Skegness ini kawasan yang kecil. Dia hantar gambar kepada orang lain, dan saya akan dapat juga.

"Malah dia mengambil keputusan untuk tidak menbayar pekerja itu. - mirror.co.uk

Buang air besar, Bumbung rumah

Artikel Berikut

Artikel Lain