suria

Wanita sedang joging kantoi buang air besar depan kedai, sempat buat lompat bintang sebelum berlalu pergi

Paparan skrin rakaman CCTV premis berkenaan.

AKSI tidak senonoh seorang wanita yang membuang air besar di hadapan sebuah kedai terbongkar menerusi satu rakaman CCTV.

Dia yang sedang berjoging berhenti seketika sebelum melakukan perbuatan itu.

Selepas membuang air besar, dia melakukan lompat bintang beberapa kali sebelum berlalu pergi.

Kakitangan premis itu pada mulanya menyangka ia najis anjing.

Bagaimanapun, hasil penelitian CCTV mendapati sebaliknya.

"Ianya menjijikkan. Saya marah bila tengok rakaman itu," ujar salah seorang kakitangan.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul enam pagi, Jun lalu di sebuah lokasi yang tidak didedahkan. - Daily Star.

joging, jijik, tak senonoh, kantoi

Artikel Lain