Padah merokok di stesen minyak, lelaki mabuk disembur dengan alat pemadam api - Dunia | mStar

Padah merokok di stesen minyak, lelaki mabuk disembur dengan alat pemadam api

Li dilihat meninggalkan stesen minyak itu selepas disembur menggunakan alat pemadam api.

PEKERJA di sebuah stesen minyak bertindak menyembur seorang lelaki dengan alat pemadam api kerana merokok berhampiran pam bahan api itu.

Perbuatan lelaki dikenali sebagai Li yang dipercayai mabuk memaksa staf stesen minyak tersebut bertindak pantas mengambil alat pemadam api sebelum insiden tidak diingini berlaku.

Rakaman CCTV dari bandar Tianmen di wilayah Hubei, China menunjukkan Li, 66, meletakkan beca berenjin miliknya di tepi pam bahan api itu awal bulan ini.

Menurut laporan, dia didakwa mabuk dan mahu membeli petrol untuk becanya itu tetapi permintaannya ditolak kerana dia gagal menunjukkan kad identitinya.

Namun Li enggan berganjak, sebaliknya merokok di tepi pam minyak tersebut.

Selepas diberi amaran beberapa kali, salah seorang staf di stesen minyak itu berang lalu menyembur alat pemadam api ke arahnya.

Difahamkan Li ditahan kerana membahayakan keselamatan orang awam selepas meninggalkan stesen minyak itu. - Metro.co.uk

merokok , stesen minyak

Artikel Lain