Gambar Elvis bersama cucu didedahkan, doktor dakwa kematiannya dipalsukan - Dunia | mStar

Gambar Elvis bersama cucu didedahkan, doktor dakwa kematiannya dipalsukan

Lelaki warga emas didakwa Elvis bersama cucunya, Benjie.

SEORANG doktor mendakwa Raja Rock n Roll kelahiran Amerika Syarikat (AS), Elvis Presley masih lagi hidup dan sihat, 20 tahun selepas kematiannya.

Ini susulan penyebaran sekeping gambar menunjukkan Elvis duduk bersama cucunya yang juga anak kepada anak perempuannya, Lisa Marie.

Elvis dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung pada 16 Ogos 1977 di kediamannya di Graceland, AS.

Namun ahli teori konspirasi mempertikaikan laporan rasmi mengenai kematiannya.

Mereka sering mendakwa penyanyi itu memalsukan kematiannya untuk melarikan diri dari dunia glamor dan memulihkan kesihatannya.

Elvis Presley.

Dan kini teori itu kembali dibangkitkan.

Wartawan Fox News Suzanne Stratford mengetuai satu siasatan terhadap konspirasi itu pada 2002.

Dalam siasatannya, Suzanne bercakap dengan pakar psikiatri Dr Donald Hinton yang mendakwa pernah merawat penyanyi itu selama lima tahun.

Dr Donald mendakwa dia menulis sebuah buku mengenai pemalsuan kematian itu bersama Elvis dengan menggunakan nama abangnya, Jesse.

"Dalam buku itu, Dr Hinton mendakwa ada mengambil gambar Evlis pada 1997 semasa lawatan bersama dengan Lisa-Marie dan anaknya, Benji," kata Suzanne.

Gambar lelaki warga emas itu didakwa serupa dengan wajah Elvis ketika zaman mudanya. - Dailystar.co.uk

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain