suria

Temui ajal ketika jaga adik OKU, "Cara dia dibunuh sukar diterima"

Natalie Crichlow meninggal dunia pada usia 44 tahun.

SEORANG ibu anak tiga maut selepas dibakar dan dicekik ketika sedang tidur.

Keluarga mendiang Natalie Crichlow, 44, berkata mereka terkejut selepas dia diserang penceroboh di dalam bilik tidurnya di Barbados pada 28 Julai lalu.

Insiden dipercayai berlaku semasa dia berkunjung ke Christ Church, Barbados untuk menjaga adiknya yang juga orang kelainan upaya (OKU).

Anak buahnya, Ashley Best mendakwa penceroboh masuk ke rumah rumah tersebut sebelum mencekik dan membakarnya.

Insiden itu menyebabkan dia terbakar 75 peratus di seluruh badan.

Natalie yang juga bekas pesakit kanser meninggal dunia di hospital seminggu kemudian.

Ashley berkata mereka sekeluarga terkejut dan tidak faham mengapa penceroboh sanggup membunuh mangsa dengan kejam.

"Bagi seseorang yang melalui pelbagai dugaan dan dibunuh dengan cara sebegini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya. - Metro.co.uk

cekik, bakar, Barbados

Artikel Lain