Kabin diselubungi kabus misteri, penumpang diarah tukar pesawat - Dunia | mStar

Kabin diselubungi kabus misteri, penumpang diarah tukar pesawat

Kejadian berlaku pada Jumaat dan penumpang diarah menaiki pesawat lain. FOTO: GETTY.

PENUMPANG pesawat easyJet di Lapangan Terbang Luton, London diarah menukar pesawat selepas munculnya kabus misteri di ruangan kabin, pada Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya berlepas daripada Edinburgh pada jam 4.20 petang.

Syarikat easyJet menerusi satu kenyataan berkata, ia berlaku disebabkan masalah teknikal.

"Penumpang diarah keluar dan dipindahkan ke pesawat lain yang berlepas tidak lama kemudian.

"Keselamatan krew dan penumpang merupakan keutamaan kami," ujar kenyataan itu lagi.

Syarikat itu turut membuat permohonan maaf sekiranya kejadian itu menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penggunanya. - Daily Star.

easyJet , kabus , anak kapal , penumpang pesawat

Artikel Lain

Kabinet akan dirombak