Remaja 'sapu' 11 kereta mewah, nilai kerosakan lebih RM5 juta - Dunia | mStar

Remaja 'sapu' 11 kereta mewah, nilai kerosakan lebih RM5 juta

Keadaan kereta yang dirempuh remaja terbabit.

RAKAMAN video menunjukkan sebuah kereta dipandu laju seorang remaja terbabas sebelum merempuh 11 kereta mewah.

Insiden berlaku di Moore Street, Chelsea beberapa minit sebelum tengah malam.

11 kereta mewah itu terdiri daripada McLaren, Porsche Cayenne dan Bentley Bentayga.

Insiden itu menyebabkan kerosakan lebih 1 juta pound sterling (RM5.11 juta) membabitkan kesemua kenderaan tersebut.

Detik rempuhan berlaku.

Remaja terbabit yang memandu kereta jenis Audi Q7 4x4 diekori sebuah Porsche sebelum dia hilang kawalan dan terbabas.

Kedua-dua pemandu dan penumpang dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan di kepala.

Seorang saksi menyifatkan pemandu itu terkejut selepas keluar dari keretanya yang terbabas.

Remaja itu berlumuran darah dan tempurung kepalanya turut kelihatan impak kemalangan tersebut. - Metro.co.uk

kemalangan , kereta mewah , Porsche , Bentley , McLaren

Artikel Berkaitan

Artikel Lain