Sakit setiap kali minum kopi dibuat suaminya, wanita ini berjaya rakam sesuatu yang mengejutkan - Dunia | mStar

Sakit setiap kali minum kopi dibuat suaminya, wanita ini berjaya rakam sesuatu yang mengejutkan

Rakaman kamera yang dipasang Theresa merakam tindakan suaminya memasukan sesuatu dalam minuman.

SEORANG wanita berasa pelik selepas jatuh sakit setiap kali minum kopi yang dibuat oleh suaminya.

Perasaan sangsi itu timbul  apabila Therese Kozlowski berasa tidak sihat selepas minum kopi yang disediakan suami yang dikahwininya selama 22 tahun.

Dengan itu, Therese telah memasang kamera rahsia di rumah mereka di Michigan dan terkejut apa yang dirakamnya.

Therese (kiri) dedah Brian cuba membunuhnya sejak 2018.

Dia melihat suaminya itu telah memasukan sejenis ubat antihistamin ke dalam minumannya.

Brian Kozlowski disyaki mula mula meracuninya sejak 2018 ketika mereka dalam proses perceraian.

Therese memberitahu minuman yang diminum itu membuatkan dirinya penat, sakit dan mata menjadi kabur malah dia percaya Brian cuba membunuhnya.

Tambahnya, dia pernah hampir tertidur ketika memandu sebelum ini.

"Saya berasa sangat teruk dan sentiasa sejuk malah turut merasakan asa sesuatu mengejar saya seperti predator. Tetapi mimpi ngeri itu adalah Brian," ujar Therese. -metro.co.uk

Racun , suami , isteri

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Tun M pandu Proton Saga baharu