Warga emas akui elak lelaki, tidak berkahwin rahsia umur panjang - Dunia | mStar

Warga emas akui elak lelaki, tidak berkahwin rahsia umur panjang

Louise meraikan ulang tahun kelahiran bersama dengan adiknya.

SEORANG warga emas yang baharu saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-107 tahun berkongsi rahsia dia kekal sihat sehingga hari ini.

Louise Signore dari Bronx, New York mengakui mengelak lelaki dan tidak berkahwin antara rahsia dia umur panjang selain mengamalkan diet seimbang dan kerap bersenam.

Warga emas itu berjalan tanpa alat bantuan pergerakan, masih boleh membeli-belah sendiri dan tidak mengambil sebarang ubat.

Dia memberitahu WCBS:"Saya fikir rahsia usia 107 tahun: Saya tidak pernah berkahwin. Saya fikir itu rahsianya."

"Adik saya berkata, "Saya harap saya tidak pernah berkahwin."

Adik Louise yang berusia 102 tahun berpendapat perkahwinan boleh menjejaskan kesihatan dan mempengaruhi umur seseorang.

Louise dan adiknya meraikan ulang tahun kelahiran mereka dalam satu majlis yang diadakan secara besar-besaran di Pusat Komuniti Barlow di Coop City.

Majlis itu dihadiri kira-kira 100 rakan dan juga ahli keluarga dengan Louise dalam nada berseloroh berkata dia sudah jemu meraikan sambutan hari lahirnya. - Metro.co.uk

umur panjang , warga emas , perkahwinan

Artikel Sebelum

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain