Alami penyakit cepat tua, kulit gadis ini mula berkedut sejak berusia 4 bulan - Dunia | mStar

Alami penyakit cepat tua, kulit gadis ini mula berkedut sejak berusia 4 bulan

Wajah gadis itu yang mengalami sindrom Hutchinson-Gilford progeria. FOTO: MDWfeatures / Claudia Amaral.

PERCAYA atau tidak, kulit wajah gadis berusia 20 tahun ini mula berkedut sewaktu dia berusia empat bulan.

Dia dilahirkan dengan satu penyakit unik, sindrom Hutchinson-Gilford progeria yang mana ia mempercepatkan usianya.

Claudia Amaral pada mulanya dijangka hidup sehingga usia 13 atau 14 tahun sahaja.

Namun ajaibnya, dia kini masih lagi hidup dengan normal dan sudah menjengah usia 20 tahun.

Penyakit itu bagaimanapun menyebabkan dia menjadi tua tujuh kali lebih pantas berbanding rakan seusia yang lain.

Ia turut menjejaskan rupa Claudia sehingga dia sering menjadi perhatian ramai. - Daily Star.

Artikel Lain