Wanita kantoi kencing atas longgokan ubi kentang - Dunia | mStar

Wanita kantoi kencing atas longgokan ubi kentang

Seorang kakitangan Walmart melihat perbuatan keji wanita ini.

POLIS sedang mengesan seorang wanita yang dipercayai kencing di atas longgokan ubi kentang di sebuah pasar raya.

Wanita yang berambut kerinting itu dilihat berjalan-jalan di dalam pasar raya Walmart di Barat Mifflin, Pennysylvania sebelum pukul 10 malam pada 24 Julai lalu.

Dia kemudiannya menghampiri kawasan tempat letak ubi kentang sebelum kencing di atasnya.

Malangnya perbuatan keji wanita itu berjaya dilihat seorang kakitangan pasar raya terbabit.

Polis sedang giat memburu wanita rambut kerinting ini.

Walmart segera membuang ubi kentang yang sudah tercemar itu dan menghubungi polis mengenai insiden itu.

Beberapa gambar wanita itu turut didedahkan dengan harapan agar dia ditahan segera.

"Perbuatan ini amat keterlaluan dan kami membuang kesemua ubi kentang yang tercemar itu. Kami turut membersihkan kawasan yang terjejas bagi memastikan kebersihan dan keselamatan pelanggan kami.

"Kami turut bekerjasama dengan polis untuk menjejaki wanita tidak bertanggungjawab itu agar mereka dapat dikenakan tindakan," kata jurucakap polis. - Metro.co.uk

kencing , ubi kentang , pasar raya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain