Guru pedofilia jalin hubungan sulit dengan murid akhirnya dipenjara 20 tahun - Dunia | mStar

Guru pedofilia jalin hubungan sulit dengan murid akhirnya dipenjara 20 tahun

Zamora dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun. FOTO: SIPA USA/PA Images.

SOERANG guru wanita dipenjara 20 tahun akibat melakukan jenayah pedofilia ke atas murid berusia 13 tahun.

Guru itu sebelum ini didakwa merayu kepada bapa mangsa agar jangan melaporkan kes itu kepada polis.

Dikenali sebagai Brittany Zamora, rayuan guru berusia 28 tahun itu didedahkan menerusi satu rakaman suara.

Menurut penyiasat, Zamora menjalinkan hubungan intim dengan mangsa bermula 1 Februari hingga 8 Mac tahun lalu.

Dia kemudiannya ditahan pada bulan sama.

Mangsa turut mengakui telah melakukan hubungan seks dengan guru berkenaans setelah disoal oleh ibu bapanya. - Mirror.

pedofilia , murid , guru

Artikel Sebelum

Lelaki koma selepas hisap vape

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain