Budak 9 tahun melambung di udara selepas lembu jantan 'naik minyak' - Dunia | mStar

Budak 9 tahun melambung di udara selepas lembu jantan 'naik minyak'

Kanak-kanak itu kelihatan melambung di udara dalam satu video yang berjaya dirakam seorang pengunjung.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun cedera selepas disondol lembu jantan sehingga melambung di udara.

Kejadian di Taman Negara Yellowstone pada Isnin itu menyaksikan budak perempuan tersebut bersama dengan sekumpulan pengunjung berdiri lima hingga 10 kaki dari haiwan tersebut sebelum ia tiba-tiba 'naik minyak'.

Hailey Dayton, 18, merakamkan detik tragis itu semasa berkunjung ke taman negara itu bersama keluarganya.

"Saya dan abang pergi ke kawasan air panas dan tiba-tiba kami terlihat sekumpulan pengunjung memberi makan lembu terbabit dari jarak dekat," katanya.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan taman negara itu, kira-kira 50 hingga 60 orang berkumpul dengan lembu jantan itu selama 20 minit sebelum ia tiba-tiba naik minyak.

Namun pihak pengurusan taman negara itu tidak mendedahkan punca lembu jantan itu mengamuk.

Tahap kecederaan kanak-kanak itu tidak dimaklumkan secara terperinci dalam kenyataan tersebut.

Insiden itu masih dalam siasatan dan tiada saman dikeluarkan. - NCBnews.com

lembu jantan , naik minyak , taman negara

Artikel Berkaitan

Artikel Lain