Panggilan mangsa lemas kereta terjunam ke tasik kepada suami selamatkan nyawa anak 5 tahun - Dunia | mStar

Panggilan mangsa lemas kereta terjunam ke tasik kepada suami selamatkan nyawa anak 5 tahun

Parades maut dalam insiden itu.

SEORANG ibu yang mati lemas selepas kenderaan SUV dipandunya terjunam ke dalam sebuah tasik membuat panggilan terakhir untuk menyelamatkan nyawa anaknya berusia lima tahun.

Kathy Parades, 35, bertindak menghubungi suaminya selepas kereta jenis Jeep Compass dinaikkan terjunam ke dalam sebuah tasik di Hanna Park yang terletak di Jacksonville, Florida pada malam Ahad lalu.

Meskipun tidak jelas mengenai perbualan mereka, panggilan itu membolehkan pasukan penyelamat menjejaki kenderaan terbabit sebelum ia tenggelam sepenuhnya.

Pasukan penyelamat berjaya menarik keluar seorang kanak-kanak perempuan yang juga anak mangsa dan membawanya ke hospital.

Lokasi kereta SUV dipandu Parades dipercayai tenggelam.

Jurucakap polis Bw Suydam berkata kanak-kanak itu bernasib baik kerana berjaya ditemui terperangkap di dalam kenderaan yang hampir tenggelam sepenuhnya itu.

Difahamkan Parades menghabiskan masa bersama anak perempuannya itu di pantai tasik berkenaan sebelum insiden berlaku.

Jalan yang dilalui Parades amat sempit dan tiada penghadang.

Beberapa pengunjung ke Hanna Park mendakwa melihat Parades malam sebelum dia meninggal dan timbul spekulasi bahawa dia mungkin keliru dengan arah jalan. - Metro.co.uk

kereta SUV , terjunam , tasik

Artikel Lain