Suami gunting, bawa lari alat sulit lelaki tidur dengan isterinya - Dunia | mStar

Suami gunting, bawa lari alat sulit lelaki tidur dengan isterinya

Alex Bonilla dituduh menggunting alat sulit seorang lelaki yang tidur dengan isterinya. -foto Pejabat Sheriff County Gilchrist/Google Maps

SEORANG suami menggunakan gunting untuk memotong zakar lelaki lain yang tidur dengan isterinya, menurut polis.

Alex Bonilla, 49, dituduh mencacatkan mangsa yang tidak dinamakan selepas menyerbu masuk ke rumahnya di Bell, Florida, pada pagi 14 Julai.

Mangsa memberitahu Pejabat Sheriff County Gilchrist bahawa Bonila mengikatnya, sebelum memotong alat sulitnya dengan pemotong.

Bonilla kemudian dikatakan melarikan diri ke seberang jalan menuju rumahnya sendiri sambil membawa zakar yang terputus.

Dia dikatakan menyerang lelaki itu dua bulan selepas mendapati dia melakukan hubungan seks dengan isterinya.

Serangan mengerikan itu dilaporkan berlaku di hadapan anak mangsa, lapor NBC News.

Bonilla ditangkap lewat petang itu dan dibawa ke Penjara Gilchrist County.

Dia didakwa dengan dua tuduhan kekejaman terhadap seorang kanak-kanak, serta lima pertuduhan lain.

Mangsa dikejarkan ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Tidak jelas sama ada pakar bedah berjaya menyambung semula zakarnya atau tidak. -MetroUK

alat sulit , gunting , cemburu

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain