suria

Tangan budak 2 tahun tersepit di eskalator pusat beli-belah

Tangan seorang kanak-kanak tersepit di eskalator pusat beli-belah di China. Foto AsiaWire

TANGAN seorang kanak-kanak dilaporkan tersepit di eskalator di sebuah pusat beli-belah.

Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak berusia dua tahun dan ibunya sedang menuruni eskalator apabila mangsa tersepit secara tiba-tiba dan mengerang kesakitan.

Ibu mangsa cuba menariknya tetapi eskalator terus bergerak dalam insiden itu.

Menurut laporan, seorang pengawal keselamatan yang menyaksikan kejadian segera menekan butang berhenti, sekali gus menyelamatkan mangsa dalam kejadian yang berlaku di pusat beli-belah City Star di Yuanjiang, China, pada 5 Julai lalu.

Tindakan pantas pengawal keselamatan itu dapat mengelakkan mangsa daripada mengalami kecederaan parah.

Bagaimanapun, tangan kanan mangsa dilaporkan tersepit di antara anak tangga eskalator selama 45 minit sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba. - Mirror UK

tersepit, eskalator

Artikel Lain