Pengasas Primark meninggal dunia selepas empat tahun anak mati lemas - Dunia | mStar

Pengasas Primark meninggal dunia selepas empat tahun anak mati lemas

Primark amat popular di Britain.

PENGASAS Primark, Arthur Ryan meninggal dunia pada usia 83 tahun.

Pengerusi dan bekas ketua eksekutif rantaian fesyen bajet itu menghembuskan nafas terakhirnya akibat sakit mengejut.

Arthur yang berasal dari Ireland membuka kedai pertamanya diberi nama Penneys di Dublin pada 1969 sebelum membuka cawangan di Britain pada 1973 dan menukar namanya.

Arthur Ryan.

Sejak itu Primark membuka 370 kedai di 12 negara dengan memiliki 75,000 pekerja.

Nama kedai itu ditukar untuk mengelak isu perundangan dengan rantaian kedai JC Penney milik usahawan dari Amerika yang sudah menggunakan nama tersebut di Britain.

Sebelum itu anak lelakinya, Barry Ryan, 51, Barry Davis Ryan (cucu), 20, dan kekasih cucunya, Niam O'Connor, 20, meninggal akibat lemas pada Jun 2015. - Metro.co.uk

Primark , Arthur Ryan

Artikel Lain