suria

Penumpang mabuk hempas komputer ke lantai selepas berang ditinggalkan pesawat

Wanita itu didakwa menghempas komputer ke atas lantai selepas ditinggalkan pesawat.

SEORANG wanita menghempas komputer di sebuah lapangan terbang gara-gara berang selepas ditinggalkan pesawat kerana terlewat 30 minit.

Wanita itu menarik komputer tersebut di meja pegawai perkhidmatan pelanggan sebelum menghempasnya ke atas lantai.

Dalam rakaman video itu juga, wanita itu dilihat mengalih pandangan ke sebuah lagi komputer sebelum meninggikan suaranya kepada pekerja terbabit.

Ketika dia cuba mendekat kakitangan itu, seorang lelaki cuba menghalangnya tetapi dia masih berusaha untuk melepaskan dirinya.

Insiden dipercayai berlaku di Lapangan Terbang Jose Maria Cordova yang terletak di bandar Rionegro, Antioquia, Colombia.

Wanita itu sudah ditahan polis.

Penumpang itu dilaporkan berada di bawah pengaruh alkohol dan terlepas penerbangannya dengan VivaAir.

VivaAir berkata wanita itu yang tidak didedahkan identitinya tiba di lapangan terbang itu setengah jam lewat.

Media tempatan melaporkan wanita itu dibawa keluar dari lokasi kejadian oleh polis dan sudah ditahan.

Polis turut membantu kakitangan lapangan terbang itu mengutip serpihan kaca dari skrin komputer yang sudah hancur berkecai. - Mirror.co.uk

mabuk, penumpang berang, VivaAir

Artikel Lain