suria

Habis jahanam, pelancong pecah masuk taman petik semua bunga teratai

Pelancong mengambil bunga teratai di Taman Eko dan Budaya Longqiao. Foto South China Morning Post/ANN

TAMAN Ekologi dan Budaya Longqiao di Sichuan, China yang dijadualkan dibuka semula tidak lama lagi, terpaksa membatalkan pembukaan itu sehingga akhir tahun selepas sekumpulan pelancong memetik kesemua bunga teratai.

Menurut laporan South China Morning Post, taman tersebut terkenal dengan bunga-bungaan teratai di atas tanah berkeluasan 250,000 meter persegi.

Ia sepatutnya dibuka semula selepas ditutup sejak akhir Mac lalu kerana pembinaan saluran air.

Menurut pengurus taman itu, ratusan pelancong warga China memecah masuk ke taman itu dan memetik bunga-bunga sejak musim bunga/musim panas pada Jun lalu.

Tanpa segan-silu, bunga-bunga teratai dipetik pelancong. Foto ANN/South China Morning Post

Sehubungan itu, tiada sebab untuk membuka semula taman itu kepada orang awam buat masa ini selepas pelancong mengambil semua bunga-bunga teratai di taman berkenaan.

"Kita tidak dapat mengawal pelancong-pelancong itu.

"Kita hanya boleh memberi jaminan bahawa kita telah melakukan tugas yang baik," kata Zhoe, seorang kakitangan dipetik sebagai berkata.

"Kita dah letak nota di pintu masuk taman dan dekat taman, dan kita mempunyai anggota keselamatan untuk melakukan rondaan," katanya.

Dianggarkan 200 hingga 300 orang dipercayai memecah masuk ke taman itu setiap hari.

Dilaporkan, segelintir mereka memanjat melalui pagar semata-mata untuk memetik bunga teratai. - Philippines Daily Inquirer/Asia News Network

taman, teratai

Artikel Lain