suria

Diikat di belakang kereta sedang bergerak, anjing diseret hingga mati

Seekor anjing ditemui mati di jalan dipercayai diikat dan ditarik oleh sebuah kereta yang sedang bergerak. Foto Liverpool Echo

SEEKOR anjing betina dilaporkan mati selepas diikat dan ditarik sebuah kenderaan yang bergerak di jalan raya.

Penyiasat pertubuhan kebajikan haiwan, RSPCA kini menjejaki individu yang terlibat dalam insiden kekejaman yang mengakibatkan kematian haiwan itu pada 17 Jun lalu.

Bangkai anjing itu ditemui masih diikat dengan wayar yang panjang, di Bootle, Merseyside di England pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan.

Kecederaan haiwan itu mungkin berpunca akibat tidak mampu untuk berlari selepas badannya diikat pada sebuah kenderaan yang sedang bergerak.

Anjing tersebut kemudian terjatuh sebelum diseret di sepanjang jalan. - Daily Mail UK


anjing

Artikel Lain