suria

Guna pengering rambut dalam bilik mandi, pemegang ijazah bidang kejuruteraan ditemui mati

Mangsa merupakan pemegang ijazah dalam bidang kejuruteraan. (Gambar Hiasan businessinsider.com)

MALANG tidak berbau.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai nasib gadis berusia 26 tahun yang meninggal dunia akibat kejutan eletrik.

Lebih malang, ia berlaku kerana tindakannya sendiri yang menggunakan pengering rambut di dalam bilik mandi.

Mayat Lilya Novikoka ditemui oleh jirannya selepas ibu bapa gadis itu mengadu risau.

Jiran Lilya mempunyai kunci pendua kediaman itu dan mula mencarinya itu selepas dihubungi orang tuanya.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Siasatan Rusia (SK) mengesahkan punca kematian disebabkan renjatan eletrik.

Laporan juga mengesahkan bahawa ia merupakan kejadian yang tidak disengajakan.

Lilya merupakan pemegang ijazah kejuruteraan dan pernah menuntut di Universiti Bauman, Moscow. - Mirror.UK.

Artikel Lain