suria

Bimbang bot dilanggar kapal besar, pelancong wanita sanggup terjun laut selamatkan diri

Wanita itu sanggup terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan dirinya.

SEORANG pelancong wanita terjun ke dalam laut gara-gara bimbang bot dinaikinya berlanggar dengan sebuah kapal besar.

Menerusi satu rakaman video, sebuah feri besar sepanjang 150 meter dilihat menghala ke sebuah bot kecil.

Penumpang bot kecil itu juga kedengaran menjerit tatkala feri itu membunyikan hon kecemasan.

Risau dengan nasib yang akan menimpa, wanita itu terjun ke dalam laut.

Namun, mujurlah tidak berlaku sebarang perlanggaran antara dua kapal berlainan saiz itu.

Rakaman turut menunjukkan wanita itu sedang berenang di dalam air.

Dia tidak mengalami kecederaan dan berjaya diselamatkan sejurus kejadian.

Kejadian berlaku di laluan kapal di Es Freus, antara Sepanyol dan Ibiza serta Formentera.- Daily Star.

Artikel Lain