Rumah paling seram di England belum ada pembeli, pemiliknya kata banyak hantu berkeliaran - Dunia | mStar

Rumah paling seram di England belum ada pembeli, pemiliknya kata banyak hantu berkeliaran

Terdapat pelbagai cerita seram di 'The Cage'.

SELEPAS hampir sedekad gagal mendapatkan pembeli, sebuah rumah mungkin akan dijadikan sebagai tempat percutian bagi 'pemburu hantu'.

Sebuah bangunan dijadikan deretan rumah di St Osyth, Essex yang juga dikenali 'The Cage' kerana tempat itu pernah menjadi pusat tahanan sementara menunggu pengadilan bagi 13 banduan yang dipanggil 'witches' pada tahun 1582.

Tiga orang daripadanya termasuk banduan terkenal Ursula Kemp didapati bersalah dan dihukum gantung di situ dan sesetengah orang percaya roh mereka masih berada di rumah ini.

Pemilik rumah sejak 2004, Vanessa Mitchell memberitahu dia terus diganggu hantu sepanjang tinggal di situ ketika sedang mengandung.

Pemandangan di bahagian tangga yang agak menakutkan.

Dia meninggalkan rumah yang dianggap paling menyeramkan di England itu pada tahun 2008 dan cuba menjualnya.

Kini harga pasaran rumah itu ialah £240,000.

Menurut ejen harta tanah Home Domus 360, penjualan rumah itu meletakkan harapan kepada pengikut aktiviti paranormal agar akan membeli hartanah tersebut.

"Vanessa tidak boleh tinggal di rumah itu kerana banyak hantu dan dia cuba untuk menjualnya beberapa kali, namun gagal.

"Saya fikir ia amat mustahil untuk menjual rumah kepada seseorang yang mahu hidup normal dalam rumah itu.

Suasana dalam 'The Cage'.

"Namun pasaran besar buat golongan paranormal di Amerika Syarikat dan Jepun serta England kerana tempat ini penuh dengan sejarah.

"Dan ada juga pasaran yang ingin menjadikan kotej itu sebagai tempat percutian bagi penggemar aktiviti paranormal.

"Jadi kami cuba ingin berharap ada orang yang sudi menjadikannya sebagi kotej percutian mereka," ujar ejen Florent Lambert.

Menurut Lambert, pemilik-pemilik sebelum ini hanya tinggal di The Cage lebih kurang tiga tahun sebelum menjualnya. Malah pemilik sebelum ini juga dilaporkan membunuh diri di rumah itu. - mirror.co.uk

Rumah berhantu

Artikel Lain