suria

Instagram tergendala lagi, kebanyakan pengguna 'lari' ke Twitter buat sementara waktu

Ramai pengguna membuat aduan di media sosial mengenai kegagalan Instagram di seluruh dunia. FOTO: Branding by Pixels.

LAMAN media sosial popular, Instagram mengalami masalah teknikal di seluruh dunia.

Sejak pagi Jumaat, aduan mengenai kegagalan aplikasi perkongsian foto dan video itu mula bertebaran di media sosial lain.

Malah, carian kata kunci #InstagramDown turut menjadi trending di Twitter.

Sebilangan besar pengguna Instagram di seluruh dunia gagal menggunakan fungsi penuh aplikasi itu.

Dalam pada itu, pihak Instagram turut membuat penjelasan di laman Twitter berhubung gangguan itu.

"Kami peka bahawa sesetengah individu mengalami masalah akses Instagram mereka.

"Kami sedang berusaha untuk memperbaiki isu ini," tulis pengendali laman sosial itu.

Ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya, malah Instagram turut dilaporkan gagal berfungsi pada April dan Mac tahun ini. - CNET.

Artikel Lain